Friday, 2 December 2016

Cabaran dan Faktor E-Dagang

Kelemahan e-dagang adalah dari segi faktor keselamatan, tidak sesuai bagi semua jenis perkhidmatan, kesahihan kewujudan syarikat, penguatkuasaan undang-undang dan beberapa masalah lain (Zakaria & Yatim, 2007).
Halangan dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan menggunakan model e-dagang adalah kurangnya pengetahuan dan pendedahan berkenaan praktik e-dagang, serta kurang kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelanggan. Transaksi e-dagang pula dibuat menerusi pihak ketiga iatu bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan persijilan (Zakaria & Yatim, 2007).
Terdapat juga beberapa cabaran apabila menceburkan diri dalam e-dagang, antaranya ialah peniaga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan. Sebagai contohnya, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat banyak lagi anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat. Peniaga juga terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat pilihan melalui iklan dalam Internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan impak kepada peniaga yang terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menghantar barang yang lain itu semula demi kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu cerewet dan menyusahkan peniaga atau usahawan Internet. Keadaan ini berlaku kepada peniaga yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli terpaksa membayar harga barangan tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar barangan. Kajian lepas juga mendapati isu keselamatajn merupakan isu utama dalam menghalang penggunaan E-dagang. Bukan sahaja merupakan faktor utama di negara membangun tetapi juga di negara maju. Faktor lain seperti ketidakpastian tentang jaminan kualiti produk, kesukaran untuk mencari maklumat isu privasi dan penyalahgunaan maklumat peribadi,masa pencapaian laman sesawang yang lama dan masalah penghantaran barangan (Ward & Lee, 2000), (Othman, 2003).
Di samping itu, pengguna atau pelanggan juga perlu berhati-hati kerana pelbagai risiko juga perlu dihadapi oleh peniaga. Risiko yang dimaksudkan itu, seperti produk atau perkhidmatan yang dipasarkan hanya indah khabar daripada rupa, contohnya bagi sesetengah produk, terutamanya makanan dan produk kesihatan. Hal ini demikian kerana ditakuti produk tersebut berbahaya untuk kesihatan pengguna. Dalam sektor pelancongan pula, kebanyakan pelanggan membuat aduan bahawa tempat-tempat percutian yang telah ditempah melalui iklan dalam Internet tidak secantik mana, seperti mana yang ditunjukkan melalui iklan dalam Internet. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan, malah mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang kebanyakannya tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.
Hasil kajian oleh (Hassa & Ahmad, 2005) menunjukkan bahawa undang-undang di Malaysia masih belum mencukupi untuk melindungi pengguna di Malaysia yang berurusniaga secara elektronik. Undang-undang yang konvensional terpaksa digunakan untuk disesuaikan dengan perdagangan elektronik atas alasan bahawa undang-undang konvensional tersebut tidak dengan secara nyata melarang ia diguna-pakai kepada perdagangan elektronik.
Masalah utama yang dihadapi oleh Mahkamah ialah isu pembuktian. Bagaimanakah kontrak e-dagang ini dibuktikan di mahkamah? Beberapa undang-undang harus diperkenal dan dikuatkuasa segera, misalnya Akta Transaksi Dagangan Elektronik. Begitu juga Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga perlu diperluaskan pemakaiannya kepada e-dagang. Daripada kaji selidik yang dijalankan ternyata yang ramai pengguna tidak mengambil tindakan undang-undang apabila menghadapi masalah dalam transaski e-dagang. Mereka lebih banyak menghubungi syarikat penjual atau berdiam diri.
Kurangnya kisah kejayaan oleh syarikat ‘click and mortar’ telah dikenalpasti sebagai alasan mengapa perniagaan tradisional enggan untuk memulakan pelaburan di dalam E-dagang. Di dalam kajian mengenai rangsangan E-Dagang dan amalan di antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia, (Ainin & Noor Ismawati, 2003) memberikan sokongan empirikal di mana 79 peratus daripada responden mengatakan "tidak banyak kisah kejayaan E-Dagang" sebagai penghalang utama untuk mengaplikasi E-Dagang, diikuti dengan "tidak mempunyai pengetahuan dalam E-Dagang" (72.6 peratus), "akses internet rendah di antara pembeli" (72.2 peratus), dan "kurangnya pengetahuan tentang potensi E-Dagang" (69.6 peratus).

Kita boleh melihat perkembangan penggunaan E-dagang di Malaysia semakin memberangsangkan. Ledakan maklumat telah menyebabkan wujudnya e-dagang iaitu proses pembelian dan penjualan yang disokong oleh kaedah elektronik. Urusniaga berlaku dalam “pasaran elektronik”. Pertumbuhan perniagaan melalui e-dagang ini telah menggalakkan organisasi di seluruh dunia mengintegrasikan sistem ini ke dalam sistem perdagangan mereka sama ada secara dalaman dan luaran. Apabila sesebuah firma bercadang untuk membangunkan sesuatu laman sawang di internet, ia bukan sahaja beroperasi dalam kawasan tempatan tetapi melangkau satu pasaran yang lebih luas iaitu pasaran global (Zugelder, Flaherty, & Johnson, 2000).
Melalui internet, segala sempadan tradisi akan hilang dan membolehkan sesiapa sahaja melawati laman sawang pada bila-bila masa. Internet menawarkan peluang kepada syarikat yang ingin memasarkan produk di pasaran antarabangsa (Cronin, 1996) dengan memudahkan dokumentasi mengenai produk bagi tujuan ekspot, akses kepada penyelidikan pasaran yang rendah kosnya, memperbaiki pengetahuan mengenai pasaran antarabangsa dan kos komunikasi yang lebih murah (Hamill, 1997). Bagaimanapun di Asia, penggunaan e-dagang masih berada di tahap yang rendah. Walau bagaimanapun e-dagang atas talian telah berkembang dengan pesat di Asia kerana (1) bilangan orang Asia yang mempunyai kad kredit amat kecil; (2) lebih suka kepada urus niaga secara bersemuka dengan peruncit yang mana bilangan peruncit kecil amat banyak di Asia dan (3) bank di Asia belum mempunyai kepercayaan terhadap urus niaga secara atas talian (Economist, 17 April 1997).
Kajian lepas juga membuktikan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang mendorong penggunaan E-dagang. Antaranya adalah kemudahan untuk membuat perbandingan harga, membuat transaksi E-dagang pada bila-bila masa, tidak memerlukan perjalanan ke kedai ataupun bank untuk membeli baranga ataupun membuat urusan perbankan, membeli produk yang jauh dari tempat tinggal dan memberi lebih banyak pilihan dari segi kualiti dan jenis produk. Selain daripada itu, faktor sosio-ekonomi, tahap pendidikan dan pengalaman internet pengguna E-dangan dan tahap kelajuan capaian internet juga merupakan faktor yang signifikan dalam mempengaruhi penggunaan E-dagang (Othman, 2003).

Peningkatan kemajuan teknologi maklumat dan dengan kewujudan internet, satu peluang baru telah muncul dalam perniagaan iatu perniagaan E-dagang. E-dagang adalah model perniagaan yang memanfaatkan kelebihan teknologi maklumat dan internet untuk beroperasi. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat  terutama dalam perkembangan internet telah membawa  kepada penggunaan menyeluruh eletronik(e) dalam bidang urusan harian seperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang. 
Electronic Commerce atau lazimnya dikenali sebagai e-dagang, adalah merujuk kepada pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan pada internet. Antara kelebihan perniagaan menggunakan E-dagang melalui perspektif pengguna dan peniaga adalah kos rendah, berhubungan terus dengan pelanggan, mudah melakukan perubahan dan mempunyai pasaran yang amat luas merentasi sempadan Negara. Dari segi pengguna pula,E-dagang bermanfaat kerana banyak pilihan, kos yang rendah, menjimatkan masa, boleh membuat perbandingan pilihan yang tepat.
e-dagang walaupun berkembang dengan pesat, namun terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran dan halangan. Antara faktor tersebut adalah  Kelemahan e-dagang adalah dari segi faktor keselamatan, tidak sesuai bagi semua jenis perkhidmatan, kesahihan kewujudan syarikat, penguatkuasaan undang-undang. Pendedahan yang kurang terhadap pengguna menyebabkan pengguna rasa ragu-ragu dan tidak yakin semasa menjalankan urusniaga dalam e-dagang. Kurangnya cerita tentang kejayaan organisasi yang telah berjaya dalam e-dagang menyebabkan motivasi organisasi lain rendah untuk menceburkan diri dalam e-dagang.

Namun begitu, di sebalik cabaran yang dihadapi dalam perniagaan e-dagang ini, e-dagang semakin diterima dan berkembang dengan maju. Antara salah satu faktor perkembangan berkenaan dalam Negara Malaysia adalah akses kepada internet semakin tinggi. Pengguna lebih mudah terdedah kepada e-dagang. Internet menawarkan peluang kepada syarikat yang ingin memasarkan produk di pasaran antarabangsa.

No comments:

Post a Comment