1.0.Pengenalan
Perniagaan eletronik berlaku melalui talian eletronik yang melibatkan urusan berkait dengan pengiklanan, pesanan penjualan dan semua aktiviti pembelian dan penjualan termasuk juga penghantaran bagi perkhidmatan atau produk yang memungkinkan dihantar melalui media eletronik seperti gambar, perisian dan khidmat nasihat. Organisasi perniagaan memerlukan polisi dan strategi dalam memasuki bidang urusniaga ini bagi menakluki pelanggan, sementara pelanggan pula mempunyai banyak pilihan untuk membuat keputusan dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Sementara pihak kerajaan juga harus menyokong dan menyediakan kemudahan serta mengadakan polisi dan strateginya tersendiri yang mana boleh melindungi kedua-dua pihak, peniaga dan pembeli.
Daripada isu, persekitaran dan perkembangan e-dagang menampakkan bahawa ianya akan berkembang dan dianggarkan akan menjadi satu trend dan diterima oleh masyarakat di dunia termasuk di Malaysia. Dengan itu semua pihak yang terlibat harus bersedia untuk menghadapi ledakan e-dagang dalam masa terdekat. Penerimaaan pada peringkat permulaan mungkin agak lembab dan kurang sambutan mengenai berpunca kepercayaan dari segi keselamatan, sukar untuk berubah dengan tabiat pembelian cara tradisional, masih merasa kepuasan urusniaga tawar menawar dan juga masih ramai yang bersikap “buta dan takut komputer”. Keadaan ini sama juga semasa autoteller machine (ATM) mula diperkenalkan yang kurang mendapat sambutan dan hanya digunakan oleh gulongan “elite” sahaja ketika itu kini penggunaannya begitu meluas sekali. Perkara yang sama juga dijangka akan berlaku ke atas e-dagang.
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama dalam perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh eletronik(e) dalam bidang urusan harian seperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang. Komponen penting dalam perniagaan se-dagangara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web.
Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan dijangka pada tahun ini (2000) meningkat ke $73 billion (Mondahl, 1995). Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan se-dagangara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia (Berita Harian, 1999). Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan eletronik ini, akan mengubah trend urusniaga.
2.0.Definisi E-Dagang
Electronic Commerce atau lazimnya dikenali sebagai e-dagang, adalah merujuk kepada pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan pada internet. Lazimnya istilah ini dan e-perniagaan sering digunakan se-dagangara saling bertukaran. Bagi penjualan runcit dalam talian, istilah e-runcit kadang-kadang digunakan. E-dagang dapat dibahagikan kepada e-runcit atau kedai visual pada tapak web dengan katalog dalam talian (Chin, 2007).
E-dagang adalah salah satu model perniagaan yang semakin popular yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). E-dagang adalah kaedah perniagaan yang menggunakan perantaraan teknologi interne, multimedia, digital dan peranti-peranti lain bagi melakukan keseruluhan transaksi perniagaan. Terdapat dua kategori utama e-dagang iatu “perniagaan kepada perniagaan” yang melibatkan transaksi daripada pembekal kepada pemasar atau penjual, dan “perniagaan kepada pengguna” yang melibatkan transaksi daripada penjual kepada pengguna akhir (Zakaria & Yatim, 2007).
Dari prespektif komunikasi, e-dagang adalah penghantaran informasi, produk/perkhidmatan, atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer, atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat. Dari prespektif proses perniagaan, e-dagang adalah aplikasi teknologi ke arah automasi transaksi perniagaan dan aliran kerja. Dari prespektif servis (perkhidmatan), e-dagang adalah peralatan (tool) untuk menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong perbelanjaan servis dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan kepantasan penghantaran servis. Dari prespektif atas talian (Online), e-dagang menyediakan kebolehan untuk membeli dan menjual produk dan informasi di dalam Internet dan servis atas talian (online) yang lain (Kalakota & Whinston, 1997).
Chan, Lee, Dillon dan Chang (2002) mendefinisikan e-dagang sebagai kegiatan menjual dan membeli barang-barang atau perkhidmatan menggunakan talian khususnya internet. Menurut Shaw (1999) lagi, e-dagang merupakan peluang perniagaan kerana terdapat sejumlah besar maklumat yang ditawarkan kepada pelanggan. Di samping itu, e-dagang juga merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudahkan perniagaan di antara syarikat-syarikat dan pelanggan serta perniagaan kepada perniagaan. Menurut (Simpson & Docherty, 2004), transaksi perniagaan menggunakan laman web boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
i. Perniagaan ke pelanggan (B2C). Transaksi atas talian dengan pelanggan khususnya peruncitan.
ii. Perniagaan ke perniagaan (B2B). Transaksi atas talian di antara perniagaan yang melibatkan syarikat-syarikat perniagaan seperti pembekal, pengedar, pengilang dan peruncit.
Secara keseluruhannya, e-dagang dapat disimpulkan sebagai kegiatan ekonomi bercorak komersial yang digabungkan dengan sistem teknologi pengkomputeran (Skoularidou & Tzelepis, 1998).

No comments:
Post a Comment