1.0.
E-dagang di Malaysia
Penggunaan Internet di Malaysia
bermula pada tahun 1990 apabila MIMOS Berhad melancarkan perkhidmatan JARING
sebagai Penyedia Servis Internet (ISP) pertama, diikuti pelancaran ISP kedua
oleh Telekom Malaysia (TM) pada tahun 1996 (Ainin & Noor Ismawati, 2003) . Keupayaan Internet
membolehkan urusniaga dapat dilaksanakan melalui atas talian yang dikenali
Elektronik Dagang atau E-Dagang.
Bilangan
pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang
2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi
2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Menurut
laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8
peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih
melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.
Statistik
juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli
berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia
dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.
Malaysia
adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian
pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan,
khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian
produk dan perkhidmatan dalam talian (Berita Harian, 2013) .
Perdagangan
elektronik (E-dagang) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan
walau berhadapan ketidaktentuan ekonomi dengan unjuran bakal melebihi RM1.9
bilion di Malaysia menjelang 2016, menurut kaji selidik Euromoney.
Pada
2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam talian berjumlah RM842 juta. Laporan
global yang dikeluarkan JP Morgan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang di
seluruh dunia dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini (Utusan
Online, 2012) .
Aspek
Perundangan Penjelasan mengenai perlindungan undang-undang ke atas pengguna
yang menjalankan transaksi e-dagang perlu dibuat berdasarkan beberapa jenis
undang-undang atau statut. Ini kerana tiadanya perundangan yang khusus
melindungi pengguna dalam akiviti e-dagang berkuatkuasakana di Malaysia (Munir, 1999) . Kita harus melihat
beberapa statut dan bertanya sama ada keseluruhan statut tersebut atau beberapa
peruntukan di dalam akta berkenaan terpakai kepada e-dagang atau tidak. Dengan
kata lain, rujukan dibuat kepada perundangan umum ynag berkuatkuasa kini dan
melihat sama ada ia terpakai kepada transaksi moden seperti e-dagang atau
sebaliknya (Ding, 1999) . Di antara Akta-akta yang paling relevan dan boleh
dirujuk dalam konteks ini ialah: Akta Jualan Barang 1957; Akta Perihal Dagangan
1972; Akta Jualan Langsung 1993;
Di
samping itu, terdapat juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Amalan
bertajuk “General Consumer Code of
Practice for the Communications and Multimedia Industry Malaysia”
(didaftarkan pada 17 Oktober 2003) dan “Guidelines
for Complaints Handling” (dikeluarkan pada Julai 2003). Walau bagaimanapun,
adalah dihujahkan yang Akta tersebut serta kedua-dua Kanun Amalan dan Garis
Panduan ini tidak terpakai kepada pengguna yang membeli barangan melalui
Internet atau yang menjalankan aktiviti e-perbankan. Sebaliknya ia adalah untuk
melindungi pengguna yang berurusan dalam aktiviti telekomunikasi dan
multimedia. Selain itu, Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) yang begitu
penting dalam melindungi pengguna di Malaysia, malangnya, tidak terpakai kepada
aktiviti e-dagang. Seksyen 2 memperuntukkan: Akta ini tidak terpakai bagi
mana-mana perdagangan yang dilaksanakan dengan cara elektronik melainkan jika
ditetapkan sebaliknya oleh Menteri. Alasannya mungkin disebabkan kerana
aktiviti e-dagang masih baru di Malaysia dan juga kesukaran bagi tribunal
tuntutan pengguna bagi menangani masalah yang berbangkit dari aktiviti e-dagang
terutamanya dalam soal pembuktian kes. Ketiadaan Akta Transaksi Dagangan
Elektronik yang boleh mengandaikan kewujudan kontrak e-dagang mungkin menyebabkan
isu pembuktian kontrak e-dagang akan berbangkit jika kes seumpama itu dibawa ke
hadapan tribunal tuntutan pengguna dan boleh menyukarkan tribunal menangani
persoalan perundangan tersebut.
Akta
Jualan Barang 1957 Akta 1957 ini adalah statut umum berhubung kontrak pembelian
barangan di Malaysia (Ayub, 2001) . Pengguna yang tidak
berpuas hati dengan barangan yang dibeli boleh mengambil tindakan di bawah Akta
ini. Tindakan boleh diambil sama ada kepada tribunal tuntutan pengguna atau ke
mahkamah. Ketika akta ini digubal, fenomena pembelian barangan melalui Internet
masih belum wujud lagi. Justeru, Akta ini adalah untuk melindungi pengguna yang
menjalankan aktiviti pembelian barangan secara konvensional. Persoalan yang
berbangkit di sini ialah: apakah ia juga boleh dipakai kepada aktiviti
e-dagang? Prinisp undang-undang yang diterima pakai ialah selagi akta tidak
secara nyata melarang ia diguna-pakai kepada sesuatu aktiviti, maka ia boleh
digunakan. Berdasarkan hujah ini, maka sudah pastilah yang aktiviti e-dagang
juga mendapat perlindungan daripada Akta ini. Justeru, pengguna yang tidak
berpuas hati dengan barangan yang dibeli melalui Internet, boleh mengambil
tindakan di bawah Akta tersebut.
Akta
1957 ini hanya melindungi “barangan” sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta
ini (Ayub, 2001) . Persoalannya:
apakah semua barangan yang dibeli melalui Internet tergolong dalam maksud
definisi tersebut? Seksyen 2 Akta 1967 mendefinisikan ‘barangan’ seperti
berikut: “barangan ertinya setiap jenis harta alih selain tuntutan boleh dakwa
dan wang, dan stok dan syer, tanaman hidup, rumput dan benda yang terlekat
kepada atau membentuk sebahagian tanah sebelum jualan atau di bawah kontrak
jualan”. Dengan kata lain, tindakan undang-undang, rumah, tanah atau harta tak
alih yang lain tidak termasuk dalam maksud barangan. Barangan dalam konteks
Akta ini lebih merujuk kepada barangan boleh alih dan berbentuk fizikal,
kecuali yang disebut secara nyata dalam definisi seksyen 2. Kebanyakan barangan yang dibeli melalui
Internet adalah sama dengan yang dibeli secara konvensional. Justeru boleh
dihujahkan bahawa Akta ini adalah terpakai kepada pengguna yang membeli
barangan melalui Internet misalnya, tiket kapal terbang, buku, ubat, vitamin
dan seumpamanya. Ini kerana barangan tersebut adalah boleh alih dan tidak
dikecualikan oleh definisi seskyen 2.
Kebanyakan
barangan yang dibeli melalui Internet adalah sama dengan yang dibeli secara
konvensional. Justeru boleh dihujahkan bahawa Akta ini adalah terpakai kepada
pengguna yang membeli barangan melalui Internet misalnya, tiket kapal terbang,
buku, ubat, vitamin dan seumpamanya. Ini kerana barangan tersebut adalah boleh
alih dan tidak dikecualikan oleh definisi seskyen 2. Namun begitu, terdapat
juga barangan yang tidak wujud semasa Akta 1957 digubal misalnya perisian
komputer atau muzik/lagu melalui Internet. Apakah pembelian ‘barangan’
tersebut, misalnya secara muat-turun (down-load)
melalui Internet boleh dianggap sebagai ‘barangan’ dalam maksud seksyen 2 Akta
1957? Mahkamah di Malaysia belum lagi berpeluang memutuskan persoalan seumpama
ini. Tetapi mahkamah di negara lain seperti England pernah memutuskan isu
seperti ini dan ia memutuskan bahawa perisian tidak boleh dianggap sebagai
suatu barangan kerana ia adalah maklumat sahaja. Walau bagaimana di Amerika
Syarikat, mahkamah di negara tersebut memutuskan yang perisian bukan hanya
suatu pengetahuan tetapi adalah pengetahuan yang dirakamkan ke dalam bentuk
fizikal seperti pita, disket atau cakera padat, maka ia harus dilihat sebagai
barangan. Begitu juga di Australia yang melihat sistem komputer secara
menyeluruh termasuk cakera padat dan perisian adalah suatu jualan barangan
dalam undang-undang di New South Wales.
Salah
satu amalan yang lazim dan popular dalam mana-mana transaksi atau usaha
perniagaan ialah pengiklanan (Ayub, 2001) . Amalan ini wujud
sama ada dalam perniagaan biasa atau secara elektronik. Dalam perdagangan
elektronik, pengiklanan digunakan dengan meluas dalam Internet, sama ada untuk
mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang dijual/ditawarkan atau untuk
menarik perhatian pengguna ke laman web tertentu. Isu yang besar ialah
bagaimana menangani pengiklanan palsu atau yang mengelirukan pengguna. Ini
biasa berlaku dalam transaksi e-dagang berbentuk B2C. Keadaan transaksi yang
sangat pantas dalam Internet boleh menimbulkan kemungkinan pengiklanan yang
mengelirukan atau palsu. Ini disebabkan adalah lebih mudah menukarkan butiran
pengiklanan dalam Internet daripada perniagaan berbentuk tradisional. Akta yang
berkaitan dengan pengiklanan dan perihal dagangan adalah Akta Perihal Dagangan
1972 dan ia sebenarnya terpakai kepada semua jenis pengiklanan dalam semua
jenis perniagaan.
Persoalannya,
apakah pengiklanan dalam talian (e-dagang) juga diliputi oleh Akta 1972 ini?
Mukadimah Akta tersebut sangat luas dan ia meliputi semua jenis transaksi; tradisional
dan elektronik. Oleh kerana Akta tersebut tidak secara khusus menghalang
pemakaiannya kepada e-dagang maka bolehlah diandaikan bahawa Akta ini juga
terpakai kepada transaksi dalam talian. Akta yang berkaitan dengan pengiklanan
dan perihal dagangan adalah Akta Perihal Dagangan 1972 dan ia sebenarnya
terpakai kepada semua jenis pengiklanan dalam semua jenis perniagaan.
Persoalannya, apakah pengiklanan dalam talian (e-dagang) juga diliputi oleh
Akta 1972 ini? Mukadimah Akta tersebut sangat luas dan ia meliputi semua jenis
transaksi; tradisional dan elektronik. Oleh kerana Akta tersebut tidak secara
khusus menghalang pemakaiannya kepada e-dagang maka bolehlah diandaikan bahawa
Akta ini juga terpakai kepada transaksi dalam talian.
Tujuan
utama Akta 1972 ialah untuk menghukum mereka yang melakukan deskripsi atau
perihal palsu atau mengelirukan dalam transaksi perniagaan. Barangan yang
dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah selaras dengan deskripsi pada
label atau brosur atau sebarang dokumen yang disertakan atau digunakan dalam
promosi. Begitu juga dengan perihal atau deskripsi yang dibuat dalam iklan
sesuatu barangan atau perkhidmatan mestilah tidak mengelirukan pengguna. Dalam
hal ini, peraturan yang sama juga dikenakan pada transaski atau perniagaan
secara elektronik. Definisi ‘pengiklanan’ diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta
1972. Sungguhpun terma ‘Internet’ tidak terdapat dalam definisi tersebut, namun
begitu perkataan “ …. melalui apaapa cara lain’ adalah cukup luas untuk
meliputi transaksi e-dagang. Bentuk dan perilaku pengiklanan seperti tulisan,
bunyi, gambar, filem dan seumpamanya adalah sinonim dengan Internet. Iklan
dalam Internet lazimnya diletakkan dalam tapak web penjual atau tapak web pihak
lain. Tujuannya masih sama iaitu untuk menarik perhatian pengguna kepada
barangan atau perkhidmatan yang iklankan itu.
Akta
1972 ini adalah statut yang berciri jenayah. Akta tersebut memperuntukkan
mekanisme penguatkuasaan oleh pihak berkuasa bagi memeriksa pihak yang
melakukan kesalahan seperti deskprisi palsu pada barangan sama ada yang dibuat,
dibekal atau dijual. Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman jenayah, sama ada
penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimana pun, Akta ini
tidak memperuntukkan remedi sivil atau kausa tindakan bagi tujuan membuat
tuntutan sivil. Untuk memperoleh remedi sivil, dia perlu membuat tuntutan di
bawah undang-undang yang lain.
Kesalahan
bagi despkripsi palsu dalam iklan pada barangan juga diperuntukkan dalam Akta
Jualan Langsung 1993 (Azizan, 2000) . Iklan dalam Akta
ini didefinisikan sebagai apa-apa bentuk iklan (sama ada lisan, bertulis atau
bunyi) yang diterbitkan atau dipamerkan melalui notis, label kad, dokumen,
filem sinimatografi, gambar, foto, televisyen atau melalui apa cara sekalipun.
Adalah diperuntukkan dalam seksyen 20(1) Akta 1993 bahawa mana-mana penjual
yang membekalkan barangan atau perkhidmatan melalui perkhidmatan pesanan mel
dan pada masa yang sama mengiklankan barangan atau perkhidmatan tersebut, maka
iklan itu hendaklah mengandungi butiran sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Akta tersebut.
Persoalan
utama yang harus ditanya ialah apakah AJL 1993 terpakai kepada transaksi
e-dagang. Apakah jualan langsung melalui Internet diliputi oleh AJL 1993?
Persoalan ini sangat relevan kerana transaksi e-dagang amat meluas sekali
sedangkan undang-undang yang melindungi pengguna yang berurusniaga di Internet
tidak diperuntukkan secara khusus dan jelas di Malaysia. Justeru kita harus
juga merujuk kepada AJL 1993. Persoalan sama ada Akta ini terpakai kepada
e-dagang di Internet bergantung kepada maksud ‘jualan langsung’ di bawah Akta
tersebut. Berdasarkan kepada definisi dan peruntukan AJL 1993, pada umumnya
terdapat dua bentuk jualan langsung yang diliputi oleh Akta tersebut iaitu:
pertama, jualan dari rumah ke rumah dan kedua, jualan melalui pesanan pos.
Jelas bahawa kategori pertama tidak terpakai kepada urusniaga melalui Internet.
Justeru kita harus melihat kepada kategori yang kedua iaitu jualan melalui
pesanan pos. Apakah jualan melalui pesanan pos sama dengan jualan atau pesanan
melalui Internet? Adalah jelas bahawa jualan jenis ini merujuk kepada sebarang
pesanan yang di buat sama ada secara elektronik atau sebaliknya, dan barangan
berkenaan dikirim melalui pos. AJL 1993 tidak memberi sebarang penjelasan
mengenai ciri-ciri jualan kiriman pos. Namun begitu, urusniaga melalui Internet
mempunyai kaitan dengan jualan jenis ini kerana jualan atau pembelian barangan
melalui Internet adalah pesanan melalui elektronik lazimnya melalui laman web.
Setelah barangan dipesan maka kiriman yang dibuat tetap dilakukan sama ada
secara pos, atau penghantaran peribadi. Justeru, pesanan melalui pos seperti
yang peruntukkan dalam AJL 1993 adalah relevan dengan urusniaga melalui
Internet. Tidak dinafikan bahawa ketika Akta ini diperkenalkan dahulu, e-dagang
belum lagi merupakan satu aktiviti yang berkembang seperti sekarang. Tetapi
kini penggunaan Internet sangat meluas dan banyak aktiviti e-dagang dijalankan
melalui Internet. Sungguhpun penggunaannya di Malaysia masih di tahap yang
rendah, namun amalannya sudah merata dalam masyarakat, misalnya eperbankan,
pembelian bahan bacaan, perisian komputer dan pembelian tiket kapal terbang.
Secara ringkasnya, boleh dinyatakan bahawa AJL 1993 meliputi juga aktiviti
e-dagang. Namun begitu, aktiviti e-dagang lebih kompleks daripada peruntukan
AJL 1993. AJL 1993 digubal bagi meliputi urusniaga jualan langsung yang mudah
sahaja sedangkan e-dagang agak kompleks
No comments:
Post a Comment